THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Monday, November 10, 2008

Renungkan sejenak

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihi-Nya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmati-nya.

Kuasa takwa lebih mudah diperoleh oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan wanita untuk menhirup udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemudian wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah S.A.W "Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

0 comments: