THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Tuesday, November 11, 2008

Nama: Hely Dazailina Binti Saliman
T/Lahir: 31/03/1983
Tempat Lahir: Bee Pee, Johor
Alamat: No.3 Lorong Selamat, Kg Parit Kaseh,
83200 Senggarang, Batu Pahat Johor..
Kegemaran: Memasak, baca novel yang best-best
dan ape-ape je yang mendatangkan faedah..

Ingat kat saya selalu ea....
Ok ar papai...

Monday, November 10, 2008

Renungkan sejenak

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihi-Nya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmati-nya.

Kuasa takwa lebih mudah diperoleh oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan wanita untuk menhirup udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemudian wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah S.A.W "Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Mengelak bahang matahari

Sentuhan sinar matahari yang terik boleh menjadikan kulit merah, membengkak dan panas seperti terbakar. Rasa panas memang tidak segera terasa, mengambil masa yang agak lama selepas terkena sinar matahari.
Kulit yang putih lebih peka terhadap bahang matahari bila dibandingkan dengan kulit yang gelap dan hitam.
Jika bahagian muka kulit terbakar, bahayanya lebih besar bagi kesihatan. Pada kes-kes yang parah boleh menyebabkan lumpuh. Pesakit mengalami luka dan membengkak pada kulit kemudian melecur. Tubuh pun mengalami demam beberapa hari.
Ada kemungkinan akibat timbulnya masalah itu, kerana pengerasan kulit hingga mengakibatkan serangan penyakit barah kulit. Apa yang harus anda lakukan untuk mengatasi gangguan kesihatan akibat bahang matahari?
. Pakailah pembalut yang telah direndam dengan cuka asam aluminium dengan air sejuk 20 kali banyak larutan tersebua t. Buat pengubatan ini hingga rasa sakit terbakar hilang.
. Atau, celupkan bahagian tubuh terbakar ke dalam larutan tepung kanji yang suam. Cara membuatnya bancuhlah dua mangkuk tepung dalam baldi air.
. Jika bahagian besar kulit tubuh sudah terbakar akibat bahang matahari, pesakit perlu rehat dikatil dan minta pertolongan doktor.
. Jika pesakit terlalu parah sapuka krim kortikosteroid untuk mengurangi perasaan ngeri.
. Untuk melindungi kulit dari terkena sinar matahari keras, biasakan menyapu pelembab ditubuh atau losyen penahan sinar matahari.

Belajarlah dari alam

(Belajarlah dari alam). Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya buat si kejam…kepada semua mahkluk ciptaan Ilahi (Belajarlah dari hujan) Kehadirannya dinanti-nantikan buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuh-tumbuhan.

Bila datangnya hari kiamat?

Apa yang akan terjadi disaat datangnya hari kiamat itu, sebagai yang telah dijelaskan dan diterangkan sesuai dengan sebutan nama-nama hari kiamat sebelum ini, Kecuali itu, bahawa permulaan terjadinya hari kiamat akan terdapat perubahan-perubahan dalam susunan ketertiban alam dunia secara menyeluruh dan merata, dan disaati itulah akan terjadi peristiwa-peristiwa yang dahsyat.
Peristiwa dahsyat dihari kiamat telah dikemukakan dengan jelas di dalam ayat-ayat Al-Quran mengemukakan peristiwa dihari kiamat itu adalah seperti berikut:
Langit terbelah, bintang-bintang jatuh berserakkan, laut meluap, dan semua kubur dibongkar sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah S.w.t.
Disaat itu matahari digulung, bintang-bintang berjatuhan, gunung-gunung dihancur luluhkan, unta-unta bunting tidak dipedulikan, binatang-binatang liar dikumpulkan, begitu juga lautan menjadi meluap, roh-roh dipertemukan dengan tubuh, semua bayi yang dikubur hidup-hidup ditanya mengapa kamu dibunuh lantas langit dilenyapkan serta neraka jahim dinyalakan dan syurga didekatkan.
Pada hari kiamat juga akan terjadi peristiwa yang sangat dahsyat lagi, dimana bumi akan digoncangkan gunung-gunug dihancurkan.
Kedatangan hari kiamat tidak dapat diragukan lagi. Allahh S.W.T telah menjelaskan dalam kitab suci Al-Quran dengan terang dan tegas.
Mempercayai berlakunya hari kiamat adalah merupakan satu dari rukun iman. Demikianlah sepanjang pengetahuan yang difirmankan Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang maksudnya. “Bahawa janji Allah itu benar dan bahawa kedatangan hari kiamat itu tidak ada keraguan kepadanya.” (Al-Kahfi:21)
Firman Allah s.w.t:
“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastinya datang, tidak ada keraguan padanya.” (Al-hajj: 7)
Firman Allah S.W.T pula:
“Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya.”
(Al-Mukmim:59)
Itulah di antara firman-firman Allah S.W.T yang mengemukakan dengan jelas dan tegas datang dan terjadinya hari kiamat.
Bila datangnya hari kiamat itu? Sama halnya dengan pertanyaan bila kita akan mati? Tiada siapa pun akan tahu melainkan Allah S.W.T jua. Mungkin lama dan mungkin sudah dekat.